Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga

Astro Arena
November 23, 2024 12:50 MYT
Aksi Harry Kane ketika mengambil sepakan penalti dan menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan Bundesliga antara Bayern Munich dan Augsburg di Allianz Arena, Munich, Jerman, 22 Nov 2024. (Foto AP)
HARRY Kane menjaringkan hatrik untuk menjadi pemain terpantas meledak 50 gol dalam aksi Bundesliga ketika Bayern Munich mudah mengatasi Augsburg 3-0 awal pagi tadi.
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan sekali gus mengatasi rekod yang dipegang oleh Erling Haaland.
Kane menjaringkan 50 gol Bundesliga dalam 43 perlawanan. Sebelum Kane, Haaland merupakan yang terpantas meledak 50 gol, melakukannya dalam 50 penampilan ketika bersama Borussia Dortmund.
Dia juga yang terpantas buat Bayern. Kane mencapai rekod itu lebih pantas berbanding Gerd Muller (83 perlawanan), Mario Gomez (71 perlawanan), Roy Makaay (67 perlawanan) dan Robert Lewandowski (64 perlawanan).
10 daripada gol Kane terhasil menerusi sepakan penalti, manakala 32 dijaring menggunakan kaki kanan, sembilan dengan kaki kiri dan sembilan tandukan.

#FCBayern #MiaSanMia | #FCBFCA pic.twitter.com/lXRwyNhe2G

— FC Bayern (@FCBayernEN) November 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Harry Kane #penjaring 50 gol terpantas #Bayern Munich #Bundesliga
;