Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia

Astro Arena
Februari 18, 2025 16:30 MYT
Pearly dan Thinaah bakal beraksi di Masters Orleans yang akan berlangsung pada 4 hingga 9 Mac depan. - Gambar fail/BAM
KEMAS KINI terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga ke kedudukan keenam berbanding kelima sebelum ini.
Kini, kedudukan kelima menjadi milik pasangan Rin Iwanaga dan Kie Nakashi yang mengumpul 79,600 mata manakala Pearly dan Thinaah pula 78,220 mata.
Tahun ini, pencapaian terbaik mereka muncul Naib Juara Masters Indonesia. Pearly dan Thinaah bakal beraksi di Masters Orleans yang akan berlangsung pada 4 hingga 9 Mac depan.
Selepas itu, cabaran sebenar dua pemain ini ialah di Kejohanan Seluruh England yang akan berlangsung pada 11 hingga16 Mac nanti.

BWF World Ranking Mixed Doubles 18 February 2025 Gicquel/Delrue goes up to #6 after #EMTC2025. Hoo/Cheng achieves a new career high as #14. Kapila/Crasto leaps 7 spots to the top 30.#BAMTC2025 #Badminton pic.twitter.com/03sQr5PeDz

— Statminton (@Statminton) February 17, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perkembangan lain, ranking pasangan suami isteri, Goh Soon Huat dan Shevon Lai melonjak ke tangga ke tiga dalam beregu campuran memintas kedudukan yang sebelum ini milik Chen Tang Jie serta Toh Ee Wei.
Dalam pada itu, perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia pula kekal di kedudukan ke tujuh dunia, turut tidak berubah ialah kedudukan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin di tempat ke-2.
Manakala Aaron Chia dan Soh Woi Yik kekal ke lima terbaik dunia. -- Stadium Astro
#Pearly Tan-M Thinaah #ranking BWF #Goh Soon Huat dan Shevon Lai #badminton
;