PDRM menang besar untuk kutip mata penuh

Astro Awani
Januari 28, 2014 17:16 MYT
PDRM pastikan kemenangan besar untuk tiga mata penuh di Stadium MBPJ apabila membelasah Pulau Pinang 5-1 dalam saingan Liga Perdana pada Isnin.
Bobby Gonzalez membuka tirai jaringan apabila bijak mengambil peluang terhidang minit ketiga sebelum Pulau Pinang menyamakan kedudukan menerusi Yong Kuang Yong pada minit ke-17.
Keadaan itu tidak dibiarkan lama PDRM dengan Fadhil Hashim kembali meletakkan PDRM di depan dengan gol kedua pada minit ke-26.
#Bobby Gonzalez #Fadhil Hashim #Liga Perdana #PDRM #pulau pinang #Stadium MBPJ
;