PBNP rancang sambutan skuad Tok Gajah

Astro Awani
November 7, 2013 14:44 MYT
PBNP merancang membawa piala berprestij itu berarak ke seluruh daerah di Pahang.
Selepas kejayaan meraih kejuaraan Watson Piala Malaysia 2013, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) merancang membawa piala berprestij itu berarak keseluruh daerah negeri itu 13 dan 14 November ini.
Menurut Naib Presiden persatuan itu, Datuk Akbar Abu, ia bagi memberi peluang buat peminat setia Tok Gajah melihat sendiri piala keagungan bola sepak negara tersebut.
Perarakan ini akan turut disertai pemain dan pegawai skuad Tok Gajah.
"Kami nak beri peluang pada semua penyokong untuk melihat sendiri piala, kita akan bawa piala ini ke seluruh negeri pahang pada hari rabu 12 haribulan dan hari khamis 14 haribulan ini.
PBNP juga akan meraikan kejayaan skuad tok gajah, dengan mengadakan sambutan "Malam Tok Gajah" pada 9 November ini di Stadium Darul Makmur.
"Kami ingin menyatakan penghargaan kita kepada semua penyokong yang terus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Pahang.
"Kami juga mahu mereka terus setia bersama Pahang selepas ini," kata Akhbar.
Pada malam tok gajah, peminat yang hadir akan turut dihiburkan penyanyi terkenal dari indonesia, Datuk Rossa.
Skuad Pahang bimbingan Dollah Salleh meraih kejuaraan Piala Malaysia ketiga negeri itu, apabila menewaskan juara bertahan Kelantan 1-0, pada pentas akhir minggu lalu.
#Akbar Abu #PBNP #piala #Tok Gajah #Watson Piala Malaysia
;