Paul Pogba namakan tiga gol terbaik dalam kariernya
Astro Arena
Januari 7, 2017 09:47 MYT
Januari 7, 2017 09:47 MYT
PAUL Pogba memilih dua gol ketika bersama Juventus dan satu gol bersama Manchester United sebagai jaringan terbaik dalam kariernya.
Pemain antarabangsa Perancis itu mungkin terlepas peluang untuk dicalonkan dalam Anugerah Puskas tahun ini namun dia telah meledak beberapa gol menakjubkan setakat ini.
Dia masih teringat setiap satu gol yang dijaringkannya dan gembira untuk membincangkan tiga gol terbaik dalam kariernya.
"Bukankah sepatutnya digelar Anugerah Pogba bukan Anugerah Puskas?,"demikian kenyataan Pogba yang dimuat naik ke laman sesawang FIFA.
"Di tempat ketiga, saya memilih gol yang dijaringkan ketika berdepan Swansea (musim ini). Ini kerana bukan mudah untuk melaksanakannya.
"Gol kedua terbaik saya adalah ketika menentang Napoli pada November 2013. Pada mulanya saya gagal mengawal baik bola itu sehingga menyebabkan bola tersebut melambung tinggi sebelum saya membuat rembatan deras.
"Gol terbaik saya adalah ketika berdepan Udinese pada Januari 2013."
Gol tersebut dijaringkan dari jarak 30 meter menggunakan bahagian luar kaki kanannya.