Pat Perez muncul juara CIMB Classic 2017

Bernama
Oktober 15, 2017 18:17 MYT
Perez berjaya mencatatkan 24 di bawah par 264 pukulan sekali gus menjadi juara keseluruhan kejohanan. - Bernama
Pemain Amerika Syarikat, Pat Perez muncul juara Kejohanan Golf CIMB Classic 2017 apabila menamatkan saingan dengan tiga bawah par 69 di TPC Kuala Lumpur di Bukit Kiara, di sini hari ini.
Pemain berusia 41 tahun itu merangkul kemenangan ketiga dalam Jelajah PGA Amerika Syarikat dengan catatan keseluruhan 24 bawah par 264 untuk membawa pulang hadiah wang tunai AS$1.26 juta (RM5.32 juta).
Perez mengatasi rakan senegara, Keegan Bradley dengan kelebihan empat pukulan iaitu 20 bawah par 268.
Pemain Rookie Terbaik Jelajah PGA 2016/2017, Xander Schauffele dari Amerika Syarikat berkongsi tempat ketiga bersama pemain Korea Selatan, Kang Sung Hoon dengan catatan sama 17 bawah par 271.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat #CIMB Classic #golf #Juara #pat perez