Pasukan Perancis di tangga teratas Piala Dunia 2014

Astro Awani
Mac 23, 2013 23:25 MYT
Bermain di laman sendiri, Perancis berjaya melonjak ke tangga teratas kumpulan I bagi kelayakkan Piala Dunia 2014 selepas meraih kemenangan selesa 3-1 ke atas Georgia.
Les Bleu (Blur) mencipta peluang awal pada minit kelima, namun percubaan Frank Ribery sedikit tersasar dan terkena palang.
Seminit sebelum tamat babak pertama, Olivier Giroud menanduk kemas hantaran Mathieu Valbuena untuk gol pendahuluan tuan rumah.
Hanya dua minit masuk babak kedua, Perancis sekali lagi berjaya meraih gol kedua menerusi rembatan jauh Valbuena.
Tidak lama kemudian pemain penyerang, Ribery mengesahkan kemenangan Perancis dengan gol ketiga pada minit ke-61.
Gol saguhati pelawat diperolehi sepuluh minit kemudian hasil rembatan Aleksandre Kobakhidze.
Perancis kini mendahului kumpulan I dengan 10 mata, dua mata didepan penyandang Juara Eropah dan dunia iaitu Sepanyol.
#Les Bleu #Olivier Giround #Perancis #Piala Dunia #sepanyol
;