Pasukan Mercedes bakal berdepan siasatan FIA
Aizat Sharif
Jun 6, 2013 08:53 MYT
Jun 6, 2013 08:53 MYT
Pasukan F1 Mercedes telah diarahkan untuk berdepan proses siasatan dari badan tribunal permotoran antarabangsa, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) atas dakwaan pasukan mereka menjalankan ujian semasa tayar Pirelli yang tidak dibenarkan.
Seandainya Mercedes didapati melanggar peraturan FIA, tribunal mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan hukuman termasuklah denda penalti dan berkemungkinan juga disingkirkan dari kejohanan dunia.
Pengumuman siasatan lanjut akan dilakukan terhadap pasukan dari Jerman itu dibuat setelah laporan yang dibuat oleh pegawai perlumbaan ketika GP Monaco, lewat petang Rabu.
Mercedes telah disiasat oleh pegawai perlumbaan setelah protes yang dilakukan oleh pasukan Ferrari dan Red Bull dimana kedua-dua pasukan itu mendakwa Mercedes telah menguji tayar Pirelli setelah GP Sepanyol bulan lalu.