Liga Perdana Inggeris Barclays (BPL) akan bermula Sabtu ini (16 Ogos) dan peminat di seluruh dunia tidak sabar untuk menyaksikan sepak mula perlawanan pertama antara Manchester United dan Swansea, jam 7:45 malam.

Adakah Manchester City akan berjaya mempertahankan kejuaraan, mampukah naib juara musim lalu, Liverpool terus mencabar kejuaraan tanpa Luis Suarez dan adakah Manchester United akan kembali semula dalam kelompok empat pasukan terbaik liga dengan bimbingan Louis Van Gaal?

Bagaimana pula dengan Arsenal yang terus dibimbing Arsene Wenger?

Pasukan mana akan muncul juara BPL musim 2014/2015? Sertai undian #AwaniBPL di bawah.