Pasukan bola keranjang di AS reka pakaian 'syariah compliant'

Madiha Abdullah
Julai 5, 2015 14:32 MYT
Uniform baharu pasukan lebih bersesuaian dan selesa dipakai.
Apabila bercakap tentang sukan, harus diakui tidak banyak sukan yang menyediakan pemakaian yang mematuhi syariat bagi wanita Islam. Kebanyakan ahli sukan wanita perlu memikirkan sendiri cara bagaimana mahu menutup aurat dan dalam masa yang sama, melakukan aktiviti sukan dengan selesa.
Justeru, apa yang dilakukan oleh gadis-gadis muda di Minnesota, Amerika Syarikat ini, boleh dianggap sebagai satu langkah proaktif bagi wanita Muslim yang gemar bersukan.
Pasukan bola keranjang wanita Cedar Riverside di Minnesota, yang menggelarkan pasukan mereka sebagai Lady Warrior, telah bertahun bergelut dengan masalah pemakaian.

These girls redesigned their basketball uniforms because they're the best: http://t.co/hDRBpcMGBI pic.twitter.com/ghteRH7WFY

— MTV Style (@MTVstyle) July 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika berada di dalam gelanggang, mereka sering dilanda kerisauan jika tudung kepala mereka tertanggal atau kaki mereka akan tersadung dengan skirt labuh yang dipakai.
Kerjasama mereka dengan University of Minnesota College of Design (UMCD) dan Tucker Center for Research on Girls & Women in Sport, akhirnya berjaya menyelesaikan masalah itu.
Uniform baharu mereka terdiri daripada top tunic berlengan panjang, legging dan tudung yang direka melekap dengan sempurna di kepala menggunakan velcro.

#NeoSports Female basketball team from Somalia held a fashion show to showcase sportswear for Muslim girls. pic.twitter.com/NSkUEPn6qo

— Neo Television (@NeoTvNetwork) July 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Projek uniform ini dibiayai sepenuhnya oleh UMCD, dan proses pembuatannya telah dimulakan pada musim luruh tahun lalu.
Baru-baru ini, di negara kita, kecoh isu atlet gimnastik, Farah Ann yang dikritik kerana pemakaiannya dalam acara tersebut di Sukan SEA.
BACA: Isu Farah Ann: 'Gimnastik bukan untuk wanita Islam' - Mufti Perak
Ia mendapat perhatian ramai, termasuk ahli agama yang berpendapat sukan berkenaan pada dasarnya tidak sesuai untuk wanita Islam kerana keperluan pemakaiannya. Prinsip yang sama juga boleh digunakan dalam bola sepak bagi lelaki jika mengenakan seluar yang menampakkan lutut.
#bola keranjang #Islam #sukan #wanita
;