Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan

Astro Arena
April 27, 2024 08:00 MYT
Goh Soon Huat-Shevon Lai, berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi. - Foto FB Shevon Lai
PASANGAN beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
"Seminggu tepat sebelum detik kita bersama selamanya @gohsoonhuat.
"Amat teruja dan gementar," tulis Shevon dalam satu kiriman media sosial.
Kami di Stadium Astro mengucapkan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli ini.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#goh soon huat #shevon lai #beregu campuran negara #gambar praperkahwinan