Paris kini bersedia sepenuhnya anjur Sukan Olimpik
Astro Awani
Julai 23, 2024 09:00 MYT
Julai 23, 2024 09:00 MYT
PARIS: Paris kini sudah bersedia untuk menganjurkan temasya Sukan Olimpik, kata Presiden Perancis semasa lawatannya ke perkampungan Olimpik pada Isnin.
Emmanuel Macron menekankan persiapan keselamatan yang besar menjelang temasya itu dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis.
Kata Macron, adalah menjadi kebanggaan Perancis dalam menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik, dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh petugas, pegawai serta sukarelawan di perkampungan atlet itu.
Menurut laporan media, kira-kira 35,000 pegawai polis dan Gendarmerie, bersama-sama dengan 18,000 tentra akan dikerahkan setiap hari untuk memastikan keselamatan semasa temasya itu.
Majlis pembukaan akan diadakan pada Jumaat ini di Sungai Seine yang melintasi ibu negara Perancis.
Paris 2024 menyaksikan temasya Olimpik kembali ke kota itu 100 tahun selepas kali pertama menganjurkan Olimpik pada tahun 1900 dan kemudian pada tahun 1924.
Ibu kota Perancis itu akan menjadi kota kedua menganjurkan Olimpik sebanyak tiga kali, selepas London pada tahun 1908, 1948, dan 2012.
Selain itu ia akan menjadi Sukan Olimpik pertama dalam sejarah berjaya mencapai jumlah sama antara atlet lelaki dan wanita.
Daripada keseluruhan 10,500 atlet yang bertanding, 5,250 adalah atlet lelaki dan 5,250 lagi adalah wanita.