Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik
Astro Arena
Julai 24, 2024 05:15 MYT
Julai 24, 2024 05:15 MYT
ARGENTINA 1 MAGHRIBI 2
Pasukan gergasi Amerika Selatan, Argentina, berhempas-pulas menghadapi tentangan sengit dalam perlawanan penuh drama menentang Maghribi dalam pertemuan pembukaan Kumpulan B Sukan Olimpik Paris 2024, malam tadi.
Selepas melayakkan diri buat kali pertama sejak 2012 dalam temasya berprestij itu, skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut ketika kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan sehingga minit ke-45.
Memasuki masa tambahan sebelum menuju ke bilik persalinan, penjaring terbanyak Liga Juara-juara Asia (ACL) musim lalu, Soufiane Rahimi, memecahkan kebuntuan apabila mudah menampan masuk bola hantaran daripada Bilal El Khannous untuk memberikan kelebihan buat The Atlas Lions.
Pengadil perlawanan, Glenn Nyberg, mengesan kekasaran yang dilakukan Julio Soler ke atas pemain Maghribi dalam kotak penalti sekali gus mudah disempurnakan sekali lagi oleh Rahimi menewaskan penjaga gol Argentina, Geronimo Rulli, buat kali kedua pada minit ke-51.
Penyerang muda Atletico Madrid, Giuliano Simeone, menunjukkan impak segera dengan menjaringkan gol pada minit ke-68 untuk merapatkan jurang skuad La Albicelestz memberikan tekanan buat Maghribi.
Ketika Maghribi hampir mahu meraikan kemenangan pertama, pemain tengah Boca Juniors, Cristian Medina, menanduk masuk gol penyamaan lantunan daripada palang gawang pada minit ke-106 melenyapkan suasana gamat penyokong jersi merah itu.
Perlawanan terpaksa ditanguhkan selama dua jam kerana rusuhan yang dilakukan peminat tempatan melemparkan mercun dan memasuki padang menyebabkan aksi dramatik tersebut terpaksa ditunda lebih satu jam.
Dalam masa sama, baki pertembungan itu dimainkan tanpa sebarang penyokong kerana diarahkan untuk mengosongkan stadium susulan perbuatan tidak bermoral itu berlaku.
Sekembalinya permainan berlangsung semula, jaringan penyamaan Argentina dibatalkan akibat video bantuan pengadil (VAR) mendapati bahawa pemain berjersi numbor enam Argentina, Bruno Amione, berada dalam kedudukan ofsaid ketika menyerang.
Keputusan penuh menyaksikan Maghribi berjaya mendapatkan tiga mata pertama kempen itu.