Paris 2024: Perkampungan sukan tampil konsep moden, santai, mesra atlet

Astro Arena
Julai 24, 2024 07:00 MYT
Penginapan kontinjen Jerman kelihatan di dalam gambar sekitar Perkampungan Sukan Olimpik Paris 2024 di Seine-Saint-Denis, Perancis, 16 Julai 2024. - REUTERS
MODEN dan santai.
Perkampungan Sukan Olimpik Paris 2024 menampilkan kelainan dan keunikan tersendiri menerusi konsep rekaan mesra atlet.
Dengan pelbagai kemudahan disediakan, ia menjadi tempat 'healing' terbaik buat atlet selepas berhempas pulas di lapangan masing-masing.
Lokasi perkampungan Sukan Olimpik itu itu terletak di daerah Seine-Saint-Denis di utara Paris.
Berkeluasan 52 hektar dan mempunyai 82 bangunan, perkampungan itu juga bersifat rendah karbon.

Tuan rumah sediakan perkampungan olimpik bersifat rendah karbon.#OlimpikParis #NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/6oNOPfMRAt

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pelbagai kemudahan disediakan seperti basikal dan kereta elektrik, termasuk kafe serta aktiviti sukan ‘indoor’.
Pengalaman istimewa itu turut dinikmati kumpulan besar petugas media dari seluruh dunia menerusi hari terbuka di perkampungan sukan.
Ia sekali gus memastikan suasana temasya di Paris itu lebih dirasai berbanding temasya Tokyo 2020, di mana Sukan Olimpik yang berlangsung di Jepun itu diadakan dengan pelbagai kekangan susulan pandemik COVID-19.
#Sukan Olimpik Paris 2024 #perkampungan sukan #mesra atlet #rendah karbon