Paris 2024: Mesir juara kumpulan C tumbangkan Sepanyol

Astro Arena
Julai 30, 2024 22:00 MYT
Ibrahim Adel meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan kumpulan C Sukan Olimpik Paris 2024 antara Sepanyol dan Mesir di Stadium Bordeaux, Bordeaux, Perancis, 30 Julai 2024. (Foto AP)
SEPANYOL terlepas status juara Kumpulan C dalam acara bola sepak Sukan Olimpik Paris 2024 apabila tewas 1-2 kepada Mesir dalam perlawanan di Bordeaux tengah malam tadi.
Turun selaku antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas, Sepanyol, bagaimanapun, jelas tidak dapat menandingi Mesir dalam aksi kali ini.
Dua gol dijaringkan Ibrahim Adel, masing-masing pada minit ke-40 dan 62, memastikan Mesir selesa mendahului sebelum jaringan Samu Omorodion pada minit ke-90 menjadi sekadar sagu hati buat La Roja.
Ia bermakna, The Pharaohs menamatkan pusingan awal itu selaku juara kumpulan dengan tujuh mata, sambil Sepanyol turut layak ke suku akhir selaku naib juara dengan enam mata.
#Mesir #Sukan Olimpik Paris 2024 #bola sepak #sepanyol