Paris 2024: Kecoh jurulatih China dedah kelemahan Lee Zii Jia

Astro Arena
Julai 24, 2024 02:15 MYT
Zii Jia menunjukkan perkembangan memberangsangkan dalam Masters Thailand dan Terbuka Australia selain muncul naib juara Masters Malaysia. - Gambar fail/Astro ARENA
JURULATIH China, Sun Jun, mencetuskan polemik menjelang kempen Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan meremehkan keupayaan perseorangan negara, Lee Zii Jia.
Jurulatih itu mendedahkan kelemahan utama pemain kelahiran Kedah itu adalah dalam aspek mental sebaik ketinggalan di belakang.
Malah, dia meragui tahap kesungguhan Zii Jia dan secara tidak langsung meremehkannya yang sedang dalam misi merebut pingat emas pertama temasya di Perancis itu yang bermula hujung minggu ini.
Pandangan jurulatih Tembok Besar itu diluahkan ketika Piala Thomas, sebelum disiarkan menerusi satu dokumentari stesen penyiar China, CCTV.
Namun, berdasarkan kejohanan terakhir, Zii Jia menunjukkan perkembangan memberangsangkan Masters Thailand dan Terbuka Australia selain muncul naib juara Masters Malaysia.
#Lee Zii Jia #jurulatih China #Sukan Olimpik Paris 2024 #Sun Jun