Paris 2024: Beraksi di Kota Cinta, Huang Yaqiong terima lamaran selepas menang emas
Astro Arena
Ogos 3, 2024 08:50 MYT
Ogos 3, 2024 08:50 MYT
SEJURUS memenangi pingat emas kategori beregu campuran, Huang Yaqiong dilamar oleh teman lelakinya, Liu Yuchen, untuk berkahwin bersamanya ketika di Sukan Olimpik Paris 2024.
Gandingan nombor satu China itu menoktahkan kemenangan dalam straight set menewaskan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, dalam perlawanan akhir temasya berprestij itu di Arena Porte de La Chapelle.
Liu Yuchen yang juga merupakan pemain beregu lelaki China itu sempat menghadiahkan kekasihnya sejambak bunga sebelum menundukkan diri menyarung cincin perkahwinan di jari Huang Yaqiong sebagai tanda lamaran romantik di bumi Kota Cinta itu.