Paris 2024: Acara papan selaju ditangguh akibat hujan

Bernama
Julai 27, 2024 09:07 MYT
Berdasarkan jadual awal, 22 atlet sepatutnya bertanding pada peringkat awal acara itu pagi ini di Place de la Concorde. - Gambar hiasan/Reuters
PARIS: Hujan memaksa penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 menangguhkan acara papan selaju jalanan lelaki yang dijadualkan bermula pada hari rasmi pertama pertandingan, hari ini.
"Disebabkan keadaan cuaca semalaman yang buruk dan selepas mesyuarat pagi ini dengan semua penganjur berkaitan, keputusan telah diambil untuk (menangguhkan) acara ini hingga Isnin (29 Julai)," menurut penganjur dalam satu kenyataan.
Berdasarkan jadual awal, 22 atlet sepatutnya bertanding pada peringkat awal acara itu pagi ini di Place de la Concorde dengan lapan teratas akan mara ke peringkat akhir.
Sebahagian Paris terjejas akibat hujan sejak pagi semalam yang turut mengganggu majlis pembukaan Sukan Olimpik di sepanjang Sungai Seine, malam tadi.
Acara papan selaju jalanan wanita pada esok setakat ini, akan diteruskan mengikut jadual.
-- BERNAMA
#olimpik paris #acara papan selaju #hujan #pertandingan ditangguh