Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media

Astro Arena
Julai 5, 2024 13:10 MYT
Airweave selaku syarikat pengeluar menegaskan, katil kadbod ini telah diuji ketahanannya menerusi tiga hingga empat individu serentak melompat di atasnya. - Foto Astro ARENA
KATIL kadbod terus dipilih dalam Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas pengenalannya di Tokyo, tiga tahun lalu.
Sebanyak 16,000 katil kadbod akan digunakan di Perkampungan Sukan Saint-Denis and Chateauroux dan ia juga khas buat petugas media di Perkampungan Media Dugny bagi edisi yang bakal membuka tirai 26 Julai ini.
Penggunaannya mendapat reaksi pelbagai tetapi syarikat pengeluarnya, Airweave, menegaskan produk itu telah diuji ketahanannya menerusi tiga hingga empat individu serentak melompat di atasnya.
Tuan rumah Perancis pula amat berbangga kerana dapat meneruskan kesinambungannya dan menjadi sebahagian daripada projek kitar semula ini.
#Sukan Olimpik Paris 2024 #katil kadbod #perkampungan sukan #Airweave
;