Paralimpik Tokyo: Permulaan kurang baik untuk Chaoming

Bernama
Ogos 25, 2021 12:26 MYT
Chee Chaoming (kiri) dan Mohamed Kalem ketika beraksi dalam perlawanan pusingan kelayakan Kumpulan C perseorangan lelaki kategori TT9 (kecacatan fizikal) di Tokyo hari ini. - Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia
TOKYO: Pemain ping pong negara Chee Chaoming, tewas kepada pemain Itali Mohamed Kalem pada aksi pertamanya di Paralimpik Tokyo di Gimnasium Metropolitan di sini hari ini.
Mohamed Kalem hanya memerlukan 20 minit untuk mengalahkan pemenang pingat emas Para Asia 2018 itu 11-6, 11-7 dan 11-4, pada perlawanan pusingan kelayakan Kumpulan C perseorangan lelaki kategori TT9 (kecacatan fizikal).
Atlet Malaysia berusia 23 tahun yang membuat penampilan pertamanya ke Paralimpik itu, dijadualkan bertemu Joshua Stacey dari Great Britain, esok pagi.
Terdahulu hari ini, Joshua tewas kepada pemain Australia Lin Ma 3-11, 4-11 dan 6-11.
Sukan Paralimpik Tokyo yang dibuka secara rasminya malam tadi, akan berlangsung sehingga 5 Sept.
-- BERNAMA
#ping pong #Chee Chaoming #Sukan Paralimpik Tokyo 2020 #penampilan pertama
;