Paralimpik Tokyo 2020: Protes atlet Ukraine, Ziyad terlepas pingat emas

Astro Awani
Ogos 31, 2021 20:09 MYT
Ziyad terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan. - Gambar/ Bernama
ATLET paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan selepas dia dianggap tersingkir kerana dikatakan lewat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan.
Menurut laman Facebook Team Malaysia, pingat emas itu secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang membuat bantahan selepas kemenangan Ziyad.
Sumber Facebook TeamMalaysia
Astro ARENA pula melaporkan, protes itu membabitkan tiga atlet termasuk Ziyad yang dikatakan lambat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan.

Ada protes dari atlet Ukraine. Ziyad salah seorang dari 3 atlet yang telah lambat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan. Maka, Penyertaan Ziyad dibatalkan. Kemenangan emas Ziyad dibatalkan serta merta. Emas diraih Atlet dari Ukraine Maksym Koval #SokongMalaysia

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ada protes dari atlet Ukraine. Ziyad salah seorang dari 3 atlet yang telah lambat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan. Maka, Penyertaan Ziyad dibatalkan.
"Maka, penyertaan Ziyad dibatalkan. Kemenangan emas Ziyad dibatalkan serta-merta. Emas diraih atlet dari Ukraine Maksym Koval," lapor Astro ARENA.
Terahulu, Ziyad secara tidak rasmi berjaya meraih pingat emas kedua untuk negara dan memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru F-20, menerusi lontaran ketiganya, dengan catatan 17.94 meter.
Pegawai Kontinjen Malaysia ketika ini sedang membuat rayuan dan difahamkan ia sedang dibincangkan oleh penganjur, menurut kemas kini Astro ARENA.

Team Malaysia ada buat rayuan untuk protes ni, Rayuan dari Team Malaysia sedang dibincang oleh pihak penganjur. #SokongMalaysia

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BERITA LANJUT MENYUSUL...
#Paralimpik Tokyo #Tokyo 2020 #Ziyad Zolkefli #dibatalkan
;