Paralimpik Tokyo 2020: Malaysia rayu keputusan lontar peluru F20 kepada IPC, WPA pada Rabu

Bernama
Ogos 31, 2021 16:31 MYT
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata proses rayuan kepada kedua-dua badan sukan itu akan dilakukan pada Rabu. - Gambar/ Stadium Astro
TOKYO: Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletics (WPA) berhubung keputusan acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) pada Sukan Paralimpik Tokyo di sini pada Rabu.
Ketua kontinjennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata proses rayuan kepada kedua-dua badan sukan itu akan dilakukan pada Rabu.
Beliau berkata kenyataan rasmi juga akan dikeluarkan pihaknya pada Rabu.
"Buat masa ini, saya tak nak kata apa-apa lagi, kita perlu sensitif dalam perkara ini," katanya kepada Bernama.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Bantahan Malaysia dibawa ke mesyuarat CDM pagi esok - Ahmad Faizal
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Protes atlet Ukraine, Ziyad terlepas pingat emas
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Keputusan batal pingat emas Ziyad kekal
Beliau sebelum itu melakukan protes kepada jawatankuasa teknikal pertandingan berhubung status jaguh olahraga Muhammad Ziyad Zolkefli yang diklasifikasikan sebagai tidak memulakan aksi walaupun melengkapkan lontaran pada saingan akhir berlangsung di Stadium Olimpik di sini.
#Paralimpik Tokyo #Tokyo 2020 #Ziyad Zolkefli #pingat emas #ketua kontinjen