Paralimpik Tokyo 2020: Liek Hou tepati ramalan, layak ke final petang ini
Hasimi Muhamad
September 4, 2021 10:32 MYT
September 4, 2021 10:32 MYT
TOKYO: Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou mara ke final acara perseorangan lelaki Sukan Paralimpik bagi kategori SU5 (berdiri/ kemerosotan anggota badan atas) yang dijadual berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi, Tokyo petang ini.
Ia selepas atlet negara itu berjaya menundukkan pemain dari Taiwan, Fang Jen-Yu dalam saingan separuh akhir secara rubber set dengan kemenangan 15-21, 21-10, 21-16.
Juara dunia enam kali itu tewas pada set pertama sebelum bangkit pada set kedua.
Liek Hou yang juga pemain nombor dua dunia akan berdepan pilihan pertama Dheva Anrimusthi dari Indonesia di final pada pukul 3 petang ini bagi misi menentukan pingat emas.
Dheva mara selepas menundukkan rakan senegara, Suryo Nugroho 21-13, 21-15.
Ia merupakan perhitungan kesembilan Liek Hou bersama Dheva yang juga pemain nombor satu dunia.