Paralimpik Tokyo 2020: Kontinjen negara ikrar balik dengan pingat

Astro Arena
Ogos 9, 2021 06:18 MYT
Muhammad Ziyad Zolkefli (gambar) antara atlet yang mengambil bahagian dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020. - Gambar fail/Astro ARENA
KEPULANGAN kontinjen negara dari Tokyo tanpa tiga pingat yang disasarkan menyuntik semangat luar biasa buat skuad Sukan Paralimpik negara untuk lebih bersedia mengambil alih tugasan yang bermula 24 Ogos ini.
Ketua jurulatih olahraga para negara, R. Jeganathan, yakin anak buahnya mampu mempamerkan prestasi terbaik bagi mengubati kekecewaan misi emas pertama Sukan Olimpik.
Namun, dia tetap gusar dan sukar meramalkan kejutan berikutan kekangan untuk menguji tahap dan kemampuan sebenar anak buahnya.
"Sebagai jurulatih saya agak risau sebab sudah dua tahun anak buah saya tidak menyertai kejohanan.
"Sekarang ada atlet baru yang muncul sementara yang berpengalaman boleh kalah.
"Ini membuatkan kami risau tapi macam mana sekalipun, kami ada sasaran sendiri dan kami akan balik dengan pingat," katanya di Nadi Arena malam tadi.
BACA: 22 atlet galas cabaran Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo
Sumber Facebook MASParalympics
Skuad olahraga negara menamatkan kempen Sukan Paralimpik Rio 2016 dengan pencapaian luar biasa apabila memperoleh empat pingat keseluruhan, iaitu tiga emas dan satu gangsa.
Di sebalik lama menyepi daripada kejohanan, dia lega dengan mentaliti juara yang diterapkan ke atas wakil negara.
"Latif (Romly) dan Ziyad (Zolkefli) sudah bersedia daripada mental. Ini membuatkan jurulatih gembira.
"Kami sudah bersiap, acara lain seperti Bonnie Bunyau (Gustin) daripada powerlifting dan memanah menerusi S. Suresh.
"4 -5 jenis sukan boleh bertanding di peringkat tinggi," katanya.
Senarai Sukan Paralimpik Tokyo:
Renang
Muhd Nursaiful Zulfikri, Brenda Anelia
Memanah
S Suresh, Wiro Julin
Olahraga
Ziyad Zolkefli, Wong Kar Gee, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romli
Boccia
Chew Wei Lun
Powerlifting
Bonnie Bunyau Gustin
#R Jeganathan #Sukan Paralimpik #pingat #Tokyo
;