Paralimpik Tokyo 2020: Jamery tamatkan perlumbaan di tempat ke-13

Astro Arena
Ogos 27, 2021 11:31 MYT
Secara keseluruhan, Jamery berada di kedudukan ke-13 sekaligus terlepas slot ke final pada sebelah petang. - Stadium Astro
TOKYO: Perenang para negara, Jamery Siga, menamatkan acara 50 meter kuak kupu-kupu kategori S5 di tempat keenam di Pusat Akuatik Tokyo, sebentar tadi.
Turun dalam saringan ketiga, atlet berusia 36 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 40.32 saat.
Secara keseluruhan, Jamery berada di kedudukan ke-13 sekaligus terlepas slot ke final pada sebelah petang.
Seorang lagi atlet negara yang turun dalam acara yang sama bagi saingan wanita, Brenda Anellia Larry menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 dengan catatan masa 1:00.62 saat.
#Paralimpik Tokyo 2020 #jamery siga #kuak kupu-kupu #Brenda Anellia Larry
;