Paralimpik Rio: Atlet Iran meninggal dunia sewaktu perlumbaan basikal

Agensi
September 18, 2016 09:42 MYT
Golbarnezhad menyertai acara sukan itu sejak tahun 2002 dan pernah bertanding di Sukan Paralimpik London pada 2012. - Foto AFP
Seorang atlet lumba basikal Paralimpik dari Iran meninggal dunia pada Sabtu di Rio kerana terbabit dalam kemalangan sewaktu berlumba dalam acara jalan raya, ujar jawatankuasa kejohanan itu.
Bahman Golbarnezhad, 48, terjatuh sewaktu acara perlumbaan berlangsung dan meninggal dunia akibat kecederaan, lapor AFP.
Perkara itu disahkan jurucakap Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Craig Spence.
Insiden kemalangan yang meragut nyawa Golbarnezhad itu terjadi dalam perlumbaan selama lebih dua jam dalam kategori C4/C5, iaitu khusus untuk atlet dengan kekurangan yang pelbagai namun masih mampu mengayuh basikal.
Golbarnezhad waktu itu berada dalam laluan menurun di kawasan berbukit.
"Atlet itu mendapat rawatan kecemasan di lokasi dan sedang dalam proses untuk dibawa ke hospital. Dia ketika itu juga mengalami serangan jantung.
“Ambulans telah membawanya ke Hospital Unimed Rio di Barra namun dia disahkan meninggal dunia sejurus tiba,” ujar IPC dalam satu kenyataan.
Pegawai Paralimpik berkata keluarga Golbarnezhad di Iran telah dihubungi, manakala wakil kontinjen Iran juga telah mengesahkan khabar itu kepada media di perkampungan sukan.
Pelumba tersebut, yang memakai kaki prostetik di sebelah kiri, menyertai acara sukan itu sejak tahun 2002 dan pernah bertanding di Sukan Paralimpik London pada 2012.
Pada acara penutup Sukan Paralimpik pada Ahad (hari ini), akan dilakukan upacara bertafakur selama seminit bagi memperingati kematian Golbarnezhad.

RIP Bahman Golbarnezhad! Iranian Paralympic(bicycle) lost control and crashed into the asphalt breaking his neck. pic.twitter.com/DShAbgDj0I

— Iran Sports News (@IranSportsNews) September 17, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#acara berbasikal #atlet Iran meninggal dunia #Bahman Golbarnezhad #Paralimpik Rio
;