Paralimpik Paris: "Ia dah lebih daripada cukup sayang" - Isteri Latif Romly

Astro Arena
September 8, 2024 16:45 MYT
Nabila meluahkan rasa bangganya kepada Latif atas pencapaian mengharumkan nama Malaysia. - Stadium Astro
KILAUAN pingat perak yang dihadirkan Datuk Abdul Latif Romly dianggap sudah melebihi daripada cukup oleh isteri tercintanya, Datin Nurul Nabila Farhana Musaidi.
"Pertama kali saya ingin ucapkan terima kasih kepada isteri tersayang yang hadir menyokong saya namun saya hanya mampu berikan pingat perak sahaja buat kali ini," ujar Latif ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Karl Nunis usai upacara penyampaian pingat.

Amboii amboii amboii kalau tak sweet bukan Latif laaa kan..

Lupakan kisah di kota Paris kerana Los Angeles menjanjikan 1001 kebarangkalian. Keep it up and dont give up Were the best so lets not stop@ASTROARENA #KitaSemuaTeamMAS pic.twitter.com/sAqEzDWoQw

— karlnunis (@_karlnunis) September 8, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nabila menerusi postingnya di aplikasi Instagram turut meluahkan rasa bangganya kepada Latif atas pencapaian mengharumkan nama Malaysia di temasya paling berprestij di dunia itu.
Ia merupakan kali pertama buat isterinya 'turun padang' untuk menyaksikan Latif beraksi di pentas dunia.
Pasangan dua sejoli itu sah mengikat tali perkahwinan mereka pada tahun yang sama dengan pengiktirafannya sebagai 'Datuk' pada 2022 selepas kejayaan menyumbangkan pingat emas berganda dalam temasya Paralimpik Rio 2016 dan Tokyo 2022. -- Stadium Astro
#Paralimpik Paris 2024 #Latif Romly #rangkul perak #Nurul Nabila Farhana Musaidi #isteri Latif Romly
;