Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap selamat maju jaya

Astro Awani
Ogos 29, 2024 11:30 MYT
Anwar memaklumkan ini masanya untuk rakyat Malaysia nyatakan sokongan kepada kontinjen paralimpik Malaysia. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan ini masanya untuk rakyat Malaysia nyatakan sokongan kepada kontinjen paralimpik Malaysia.
“Selamat maju jaya buat semua atlet negara. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi langkah kalian di Paris,” tulis beliau.
Dalam pada itu, perjuangan kontinjen negara terus menyala pada Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan misi memburu empat lagi emas bagi melengkapkan kutipan 10 emas secara keseluruhan dalam temasya sukan berprestij dunia itu.
#Anwar Ibrahim #Paralimpik Paris 2024 #atlet negara #kontinjen malaysia