KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong berharap Malaysia Swimming (MS) akan berusaha mencari lebih ramai bakat dalam sukan terjun.
Meskipun berasa sedih dengan situasi terkini sukan terjun, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu mengakui pandemik COVID-19 telah menjejaskan pembangunan atlet junior dalam pasukan kebangsaan serta negeri.
Bagaimanapun, anak kelahiran Sarawak itu yakin Malaysia akan menghasilkan penerjun yang baik pada masa akan datang, sekiranya semua pihak terbabit termasuk MS dan Majlis Sukan Nasional (MSN) melaksanakan usaha yang lebih bersepadu dalam mencari bakat baharu.
"Ada peluang (untuk menghasilkan penerjun yang bagus) cuma perlu masa untuk dibangunkan. Nak pergi dari junior ke tahap saya bukan mudah, ia perlukan masa.
"Saya harap pihak berkenaan seperti MS ada perancangan bagi meningkatkan 'talent pool' (kumpulan bakat). Usaha MSN juga penting kerana saya daripada program pembangunan mereka dahulu dan harap ia dapat diteruskan," katanya kepada Bernama selepas pelancaran token tidak sepiawai (NFT) miliknya 'P.Zero 1' di sini, hari ini.
MSN menerusi kenyataan baru-baru ini berkata beberapa acara dalam olahraga dan terjun digugurkan daripada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20, bermula 16 hingga 24 Sept ini, kerana gagal mendapat penyertaan sekurang-kurangnya enam negeri.
Selain itu, Pandelela yang akan kembali berlatih esok selepas menyertai Sukan Komanwel Birmingham baru-baru ini, memaklumkan beliau akan bertanding dalam Grand Prix Terjun Kuala Lumpur pada November ini.
Dalam pada itu, Pandelela berkata karya seni digital NFT 'P.Zero1' dicipta untuk berkongsi kisahnya kepada dunia dan memberi penghormatan kepada sukan itu yang telah mengubah hidupnya secara drastik, dari hanya seorang gadis kampung Bidayuh kepada atlet wanita yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa
"P untuk Pandelela manakala 'Zero1' melambangkan perjalanan saya daripada seorang yang tiada apa-apa kepada seseorang yang dikenali dalam sukan," katanya
Beliau berkata COVID-19 telah mengajarnya perkara baharu selain sukan terjun dan membawanya menerokai pelaburan kewangan terutama dalam aset kriptografi.
Direka oleh artis digital Nicholas Chuan, NFT eksklusif itu yang merupakan produk kolaborasi antara syarikat pengurusannya Knight Communications dengan Prime Sports NFT, kini dilelong menerusi pasar NFT, OpenSea, dengan harga permulaan RM2,000, bermula hari ini ini (24 Ogos) hingga 31 Ogos.
NFT adalah token unik yang wujud dalam blok rantai, bermaksud ia tidak boleh ditiru. Ia boleh mewakili sesuatu produk dalam dunia sebenar seperti karya seni atau muzik serta boleh diniagakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022

Pandelela mengakui pandemik COVID-19 telah menjejaskan pembangunan atlet junior dalam pasukan kebangsaan serta negeri. - Gambar/ Shahir Omar
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."

Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan, media sukan adalah profesional dalam menjalankan tugas

Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.

Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.

"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.

Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela
Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.

RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini
Kedudukan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program Road to Gold berkemungkinan akan diketahui akhir bulan ini.

Gagal raih tiket ke Sukan Olimpik Paris, Pandelela mohon maaf
Penerjun kelahiran Sarawak itu bagaimanapun belum mahu mengibar bendera putih, sebaliknya tekad bangkit lebih kuat selepas ini.

Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024
Mereka gagal menampilkan prestasi terbaik untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan.

Pandelela diyakini mampu beri aksi terbaik buru slot ke Paris 2024
Pandelela masih mempunyai satu lagi peluang apabila beraksi bersama Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama pada Selasa.