KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong diangkat sebagai ikon perpaduan negara baru-baru ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata selain pemimpin, seniman dan legenda sukan, kementeriannya kini turut menjadikan Pandelela sebagai ikon untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
"Sekarang ini kita melihat perenang juga menjadi ikon, kita masukkan beliau ke dalam agensi bawah kita seperti Pandelela supaya beliau menjadi ikon di Kementerian Perpaduan Negara," katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang ingin tahu sama ada kementerian berhasrat untuk menghasilkan filem pendek mengenai kisah legenda sukan bagi memupuk perpaduan seperti yang dicadangkan beliau.
Untuk rekod, penerjun dari Sarawak berusia 29 tahun itu pernah menjadi Ikon Belia Sukan Negeri Sarawak pada 2016 dan Ikon Sukan Yakult 2017.
Aaron berkata Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang diangkat sebagai ikon perpaduan turut diperkenalkan kepada golongan belia di negara ini melalui Pameran Eksklusif Seniman Agung P. Ramlee pada Mac lepas.
Sementara itu, beliau berkata Kementerian Perpaduan Negara tidak terlibat dalam proses pemantauan dan suntingan drama dan filem kerana urusan berkaitan proses penerbitan serta penggambaran filem dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Katanya, urusan pemberian kelulusan ke atas kandungan filem sebelum ditayangkan kepada masyarakat umum pula terletak di bawah tanggungjawab Lembaga Penapis Filem (LPF).
Bagaimanapun, Aaron berkata peranan Kementerian Perpaduan Negara adalah melalui usaha pemantauan melalui sistem e-SEPAKAT bagi setiap isu melibatkan keharmonian dan perpaduan selain melaksanakan program dialog atau perbincangan kefahaman antara agama.
"Kalau masalah (isu) itu lebih ketara, di Jabatan Perpaduan Negara, kita ada Mediator Komuniti yang selalunya menjalankan tugas untuk membuat mediasi ke atas masalah.
"Jika ia lebih ketara, ia akan dirujuk kepada agensi berkaitan seperti PDRM (Polis Diraja Malaysia), MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) dan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan)," katanya
Beliau menjawab pertanyaan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) mengenai penglibatan kementerian berkenaan dalam proses pemantauan dan suntingan drama serta filem bagi memastikan nilai-nilai kerukunan dalam karya yang dihasilkan selain tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023
Penerjun dari Sarawak berusia 29 tahun itu pernah menjadi Ikon Belia Sukan Negeri Sarawak pada 2016 dan Ikon Sukan Yakult 2017. - Fail/Instagram Pandelela Rinong
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan, media sukan adalah profesional dalam menjalankan tugas
Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.
Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.
"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.
Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela
Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.
RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini
Kedudukan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program Road to Gold berkemungkinan akan diketahui akhir bulan ini.
Gagal raih tiket ke Sukan Olimpik Paris, Pandelela mohon maaf
Penerjun kelahiran Sarawak itu bagaimanapun belum mahu mengibar bendera putih, sebaliknya tekad bangkit lebih kuat selepas ini.
Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024
Mereka gagal menampilkan prestasi terbaik untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan.
Pandelela diyakini mampu beri aksi terbaik buru slot ke Paris 2024
Pandelela masih mempunyai satu lagi peluang apabila beraksi bersama Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama pada Selasa.
Pandelela terlepas kelayakan Olimpik acara 10m platform
Pandelela hanya menduduki tempat ke-29 dengan 231.15 mata, ketinggalan 204.05 mata di belakang juara dunia Chen Yuxi (435.20 mata).