Pan-gon tampil lapan muka baru perkuat Harimau Malaya

Astro Arena
Mac 14, 2023 16:41 MYT
Lapan muka baharu dipanggil ketua jurulatih, Pan-gon ke kem latihan pusat Harimau Malaya menjelang dua perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1, bertemu Turkmenistan pada 23 Mac dan Hong Kong 28 Mac. - Fail/BERNAMA
EVOLUSI era kepimpinan Kim Pan-gon kini memasuki fasa peralihan apabila pengumuman senarai 27 pemain yang dipanggil untuk berada dalam kem latihan pusat dengan tumpuan utama terarah kepada pemilihan dua pemain naturalisasi.
Antara posisi yang memasuki transisi baru, penjaga gol dengan calon pilihan utama terarah kepada Syihan Hazmi Mohamed tatkala pemain yang berpangkalan di liga luar negara turut mendapat perhatian Pan-gon dengan pemilihan Dion Cools dan Nooa Laine.
Lapan muka baharu dipanggil ketua jurulatih, Pan-gon ke kem latihan pusat Harimau Malaya menjelang dua perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1, bertemu Turkmenistan pada 23 Mac dan Hong Kong 28 Mac.
Paling mencuri tumpuan, penyenaraian dua pemain naturalisasi, Endrick dos Santos dan Paulo Josue dalam senarai 27 pemain sekaligus memberi indikasi awal, Pan-gon menagih khidmat dua pemain kelahiran Brazil itu memandangkan status mereka sebagai perancang utama.

Senarai 27 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Bermula 18 Mac 2023 Ia bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Turkmenistan dan Hong Kong, 23 dan 28 Mac 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. Baca penuh di https://t.co/hp7o1IBJwn#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/wDS0Thgz6Y

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 14, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain Endrick dan Josue -- muka baru yang dipangil Pan-gon, Feroz Baharudin, Daniel Ting, Fayadh Zulkifli Amin, Nooa, Damien Lim dan Sikh Izhan Nazrel.
Ini bermakna, Pan-gon telah mengetepikan khidmat beberapa pemain yang memperkuat skuad negara di Piala AFF yang lalu antaranya, Lee Tuck, Safawi Rasid, David Rowley dan Sergio Aguero.
Turut menjadi perhatian, apabila Pan-gon masih lagi menaruh kepercayaan buat Syafiq Ahmad, Akhyar Rashid serta Syamer Kutty Abba biarpun mereka tidak mendapat minit permainan kompetitif secukupnya bersama Johor Darul Ta'zim, (JDT).
Skuad Harimau Malaya akan melapor diri bermula 18 Mac di Johor Bahru sebelum berdepan dua perlawanan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim. -- Stadium Astro
#Kim Pan-gon #harimau Malaya #kem latihan pusat #pemain naturalisasi
;