Pan Gon panggil 29 pemain ke kem latihan skuad Harimau Malaya

Bernama
Mei 17, 2022 19:34 MYT
Pan Gon yakin dengan keupayaan 29 pemain yang dipanggil untuk dua perlawanan antarabangsa Tier 1 dan perlawanan Kumpulan E pusingan kelayakan Piala Asia 2023. - Gambar fail
PETALING JAYA: Seramai 29 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon, bagi menyertai kem latihan pusat bermula 19 Mei (Khamis) sebagai persiapan untuk pusingan kelayakan Piala Asia 2023 bagi Kumpulan E, serta dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1.
Menerusi senarai dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), 20 daripada 25 pemain yang dibawa ke Singapura pada perlawanan siri tiga negara FAS 2022 Mac lepas dikekalkan, manakala sembilan lagi adalah pemain baharu.
Sembilan pemain baharu yang dipanggil kali ini ialah Matthew Davies, Afiq Fazail, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Junior Eldstal, Norshahrul Idlan Talaha dan Guilherme de Paula, Syahmi Safari, Darren Lok serta Nazmi Faiz Mansor.
Tiga pemain iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak, Ramadhan Saifullah Usman dan Zhafri Yahya, adalah antara 11 pemain yang diletakkan dalam senarai bersedia.
"Seramai 23 pemain akan didaftarkan dalam senarai pendaftaran akhir bagi menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023, manakala baki pemain lain tetap perlu bersedia untuk dipanggil sekiranya terdapat perubahan pada senarai akhir itu," menurut kenyataan itu.
Sementara itu Pan Gon yakin dengan keupayaan 29 pemain yang dipanggil untuk dua perlawanan antarabangsa Tier 1 dan perlawanan Kumpulan E pusingan kelayakan Piala Asia 2023.
Beliau berkata 29 pemain yang dipanggil adalah pemain utama manakala 11 pemain lain diletakkan di bawah senarai bersedia, jika terdapat sebarang perubahan.
"Mungkin ia suatu kejutan untuk beberapa nama pemain (untuk dipanggil) tetapi saya tidak mahu menyesal, jadi saya mahu untuk melihat kesemua kekuatan dengan mata saya sendiri ... buat masa sekarang, 29 pemain dan akhirnya dikurangkan menjadi 20 pemain camput tiga (pemain simpanan) jadi ia satu suasana persaingan yang amat tinggi," katanya kepada media di Wisma FAM di sini hari ini.
Skuad Harimau Malaysia diatur bertemu Brunei (27 Mei) dan Hong Kong (1 Jun) sebagai aksi persahabatan pemanas badan, sebelum menyertai Kelayakan Piala Asia 2023, di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dari 8-14 Jun.
Harimau Malaya akan berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) pada aksi Kumpulan E pusingan kelayakan Piala Asia 2023 itu.
Berikut senarai 29 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya.
Bil
Nama
Pasukan
1.
Mohd Farizal Marlias
Johor Darul Ta'zim FC
2.
Muhammad Syahmi Safari
Johor Darul Ta'zim FC
3.
Shahrul Mohd Saad
Johor Darul Ta'zim FC
4.
Corbin-Ong La'vere Lwarence
Johor Darul Ta'zim FC
5.
Mohamed Syamer Kutty Abba
Johor Darul Ta'zim FC
6.
Muhammad Nazmi Faiz Mansor
Johor Darul Ta'zim FC
7.
Safiq Rahim
Johor Darul Ta'zim FC
8.
Arif Aiman Mohd Hanapi
Johor Darul Ta'zim FC
9.
Muhammad Safawi Rasid
Johor Darul Ta'zim FC
10.
Muhammad Akhyar Abdul Rashid
Johor Darul Ta'zim FC
11.
Mohamadou Sumareh
Johor Darul Ta'zim FC
12.
Matthew Davies
Johor Darul Ta'zim FC
13.
Mohd Afiq Fazail
Johor Darul Ta'zim FC
14.
Guilherme De Paula Lucrecio
Johor Darul Ta'zim FC
15.
Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi
Petaling Jaya City FC
16.
Kogileswaran Raj A/L Mohana Raj
Petaling Jaya City FC
17.
Darren Yee Deng Lok
Petaling Jaya City FC
18.
Khair Muhammad Jefri Jones
Negeri Sembilan FC
19.
Ahmad Khuzaimi Piee
Negeri Sembilan FC
20.
Ahmad Syihan Hazmi Mohamed
Negeri Sembilan FC
21.
Mohamad Faisal Abdul Halim
Terengganu FC
22.
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid
Selangor FC
23.
Muhammad Syafiq Ahmad
Kedah Darul Aman FC
24.
Dominic Tan Jun Jin
Sabah FC
25.
Muhamad Nor Azam Abdul Azih
Sri Pahang FC
26.
Dion-Johan Cools
SV Zulte Waregem
27.
Liridon Krasniqi
Odisha FC
28.
Junior Eldstal
Chonburi FC
29.
Norshahrul Idlan Talaha
Melaka United FC
Senarai 11 pemain yang diletakkan dalam senarai bersedia jika terdapat sebarang perubahan pada senarai nama 29 pemain di atas:
Bil
Nama
Pasukan
1.
Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak
Johor Darul Ta'zim FC
2.
Muhammad Ramadhan Saifullah Usman
Johor Darul Ta'zim FC
3.
Natxo Insa
Johor Darul Ta'zim FC
4.
Sharul Nazeem Zulpakar
Selangor FC
5.
Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi
Selangor FC
6.
Zhafri Yahya
Kuala Lumpur City FC
7.
Selvan A/L Anbualagan
Negeri Sembilan FC
8.
Khatul Anuar Md Jalil
Penang FC
9.
Mohd Rizal Mohd Ghazali
Sabah FC
10.
Nur Shamie Iszuan Amin
Sarawak United FC
11.
Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar
Terengganu FC
-- BERNAMA
#skuad kebangsaan #harimau Malaya #Kim Pan Gon #Piala Asia
;