PETALING JAYA: Ketiadaan pemain utama ternyata tugas sukar buat ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon, namun beliau tidak mengalah dalam mempersiapkan skuad terbaik untuk menghadapi saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.
Berdepan dengan penarikan diri beberapa pemain utama daripada skuad yang berjaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit Jun lepas, jurulatih berasal dari Korea Selatan itu berazam untuk melihat sudut positif dan enggan mengenang kekecewaan.
Pan Gon mengakui situasi terpaksa menguruskan skuad tanpa pemain utama itu adalah kali pertama berlaku dalam kerjaya kejurulatihannya.
"Ya, dalam karier saya ini kali pertama... saya perlu positif, saya boleh lihat lebih banyak pemain yang kita sudah cungkil bakat dan saya boleh melihat mereka secara bersemuka, bantu dan yakinkan mereka.
"Kami (juga) boleh meluaskan (panggilan untuk kem latihan berpusat kebangsaan) kepada lebih ramai pemain dan akan ada lebih banyak persaingan dalam pasukan kebangsaan.
"Jadi, saya mahu kekal positif," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini, Selasa.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengumumkan senarai awal 41 pemain untuk menyertai latihan pusat di sini, bagaimanapun selepas perbincangan dan persetujuan antara badan induk bola sepak negara, Pan Gon dan kelab yang terlibat, 12 pemain terpaksa menarik diri atas pelbagai sebab termasuk hal peribadi, urusan keluarga dan kecederaan.
Antara yang menarik diri ialah tujuh pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) - Shahrul Mohd Saad, La'vere Lawrence Corbin-Ong, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Mohd Hanapi, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Matthew Davies dan Muhammad Syafiq Ahmad.
Selepas penarikan diri 12 pemain, FAM memasukkan pertahanan kiri Selangor FC Muhammad Fazly Mazlan, namun dua pemain Kuala Lumpur (KL) City FC iaitu Muhammad Akram Mahinan dan Declan Lambert pada Selasa memohon untuk dikecualikan atas sebab peribadi.
Berdasarkan Peraturan Status dan Perpindahan Pemain Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA); Lampiran 1: Bahagian Pelepasan Pemain Kepada Pasukan Kebangsaan Perkara 6 menyatakan bahawa adalah tidak wajib untuk melepaskan pemain di luar jendela antarabangsa atau kejohanan akhir yang termasuk dalam kalendar perlawanan antarabangsa.
Piala AFF juga diadakan di luar jendela antarabangsa FIFA, justeru Pan Gon berkata beliau dan barisan kejurulatihannya akan melakukan yang terbaik untuk mempersiapkan pasukan yang diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Myanmar, Laos, juara dua kali Vietnam dan juara empat kali Singapura.
"Lazim untuk mengatakan bahawa kami mahu menjadi juara tetapi kami akan mencuba yang terbaik untuk memberi keputusan terbaik dan akan berjuang untuk itu, cuba memberikan kebanggaan kepada peminat," katanya.
Sebagai persediaan kepada Piala AFF, skuad Harimau Malaya akan beraksi dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Dis dan Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Dis.
Sementara itu, Pan Gon berkata skuadnya turut merancang untuk mengadakan perlawanan ujian menentang skuad Bawah 23 tahun (B-23) dikenali sebagai Harimau Muda Jumaat ini, yang dikendalikan oleh E. Elavarasan, pembantunya dalam skuad senior.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022
Pan Gon (kanan) ketika mengendalikan kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Petaling Jaya, 30 Nov 2022. -- fotoBERNAMA
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.
Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.
Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.
Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.