Pakar kewangan jelaskan mengapa potensi keuntungan Manchester United lebih tinggi daripada Liverpool

Astro Arena
November 26, 2022 10:45 MYT
MAGUIRE: Manchester United mempunyai stadium yang lebih besar, pangkalan peminat yang lebih besar, jadi mereka akan menjadi lebih mahal untuk dipulihkan. - Foto Astro ARENA
PAKAR kewangan jelaskan mengapa potensi keuntungan Manchester United lebih tinggi daripada Liverpool
Manchester United mempunyai potensi menjana keuntungan yang lebih besar berbanding Liverpool yang dilabel mungkin telah mencapai kemuncaknya daripada segi pelaburan.
Demikian menurut pakar kewangan bola sepak, Kieran Maguire, selepas kedua-dua pemilik dua gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu baru-baru ini mengesahkan mereka sedang mencari pelabur baharu atau berpotensi untuk jualan penuh.
Keluarga Glazer mula mengambil alih United sejak 2005 sementara satu lagi pemilik dari Amerika Syarikat (AS), Fenway Sports Group (FSG), membeli Liverpool sejak 2010.
Bercakap kepada Stats Perform, Maguire menjelaskan bagaimana United dan Liverpool di kaca mata bakal pembeli.
“Saya rasa Manchester United adalah kapal yang lebih besar untuk menjana keuntungan,” katanya.
"Ia akan menjadi lebih mahal tetapi ia mungkin mempunyai potensi yang lebih besar daripada segi keuntungan.
"Liverpool sudah bersedia dan dalam soal perkembangan di Anfield dan FSG, mereka telah membuat pelaburan besar di kompleks latihan.

Club statement on a process to explore strategic options for Manchester United.#MUFC

— Manchester United (@ManUtd) November 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya fikir Manchester United akan menjadi lebih mahal kerana ia mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi, mereka mempunyai stadium yang lebih besar, mereka mempunyai pangkalan peminat yang lebih besar, mereka akan menjadi lebih mahal untuk dipulihkan. Jika anda melakukannya dengan tepat, anda mampu beroleh durian runtuh dalam pelaburan anda.
"Liverpool, saya rasa lebih mencabar. Kerana ada hujah yang mengatakan bahawa Liverpool sudah berada di puncak, dan di manakah mereka boleh pergi lebih jauh? Daripada segi menjadi jenama global yang sudah pasti berada dalam 10 teratas dunia, tiada keraguan mengenainya.
"Tetapi saya fikir FSG telah melakukan kerja yang sangat baik setakat ini dan sesuailah dengan harganya."
United dinilai oleh Forbes dengan tanda harga $4.6 bilion (RM20.5b) sementara Liverpool bernilai $4.45b (RM19.9b), lantas Maguire percaya pihak yang berminat juga mungkin muncul dari AS, Timur Tengah mahupun India.
#Manchester United #Liverpool #keuntungan #pelaburan
;