Pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris kekal imej harimau

Astro Arena
Jun 24, 2024 07:00 MYT
Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Mohamad Norza Zakaria bergambar bersama pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 Paris pada penutup sambutan Hari Olimpik di Tun Razak Exchange, 23 Jun 2024. - Foto Astro ARENA
PADA Ahad, berlangsung upacara perasmian pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Hari Olimpik Malaysia di The Exchange TRX yang dihadiri ribuan peminat sukan tanah air.
Pelancaran set kelengkapan tersebut merupakan seragam utama atlet Malaysia yang akan berjuang demi mengharumkan nama negara di persada tertinggi itu.
Seperti sebelum ini, produk terbaharu itu merupakan hasil penciptaan oleh syarikat yang sama sejak 2016 demi menghasilkan karya terbaik buat atlet yang akan memakainya selain membawa nama negara dengan gah.
Namun, reka bentuk untuk edisi kali ini memaparkan ciri-ciri berbeza yang membawa kepada perubahan warna untuk menampakkan kelainan berbanding musim lalu.
Apa yang menarik, corak berlainan itu masih mengekalkan identiti harimau sebagai haiwan kebangsaan Malaysia atau nama saintifiknya Panthera yang cukup sinonim dengan setiap penghasilan pakaian rasmi atlet negara. - Stadium Astro
#Sukan Olimpik Paris 2024 #pakaian rasmi #kontinjen malaysia #Hari Olimpik Malaysia
;