Pahang tewaskan T-Team, Azamuddin Akil tekad rebut tempat kesebelasan utama
Astro Awani
April 13, 2014 15:45 MYT
April 13, 2014 15:45 MYT
Pahang melunaskan janji dengan memastikan kemenangan terus memihak mereka sekaligus mengulangi kejayaan sama minggu lalu dengan jaringan 1-0 ke atas T-Team.
Pahang sudah melaungkan azam untuk mendapatkan tiga mata di Stadium Darul Makmur adalah milik mereka.
Ia bukanlah omong kosong pada barisan Zainal Abidin Hassan yang tidak menunggu lama untuk memimpin permainan apabila sepakan percuma Hafiz Kamal mudah di sempurnakan Matias Conti seawal minit ke dua.
Skuad Tok Gajah jelas menguasai permainan walaupun ada ketika T-Team banyak melancarkan asakan dari kanan yang banyak bergantung kepada pergerakan Fazli Baharuddin dan Leandro dos Santos.
Bagaimanapun benteng pertahanan Pahang terlalu kebal untuk dibolosi menyaksikan babak bertama berakhir dengan pahang 1 dan T-Team 0.
Memasuki babak kedua pula, T-Team mendapat peluang terbaik menerusi Jimmy Mulisa namun percubaan pemain ini sekadar terkena tiang pada minit 44.
Barisan Tok Gajah tidak sekadar menunggu untuk di asak, Azamuddin Akil atau Alex membuktikan penampilannya mampu membuahkan hasil apabila tenang membuat tandukan untuk gol kedua Pahang minit 56.
Ada asakan dari T-Team untuk merapatkan kedudukan namun usaha itu dilabel gagal apabila 90 minit berakhir dengan Pahang 2 T-Team 0.
Sementara itu, pemain sayap Pahang, azamuddin akil lega kelibatnya membantu pasukan mencetuskan jaringan kedua selepas gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama sejak Mac lalu.
Kecederaan Dickson Nwakaeme benar-benar membuka peluang buat Azamudin Akil membuktikan betapa dia layak untuk berada di kesebelasan utama.
Akui begitu berharap untuk merebut tempat yang pernah di milikinya sebelum ini namun Azamudin sedar dia tidak terlepas melewati perkembangan mengikut peringkat.
Jika sebelum ini, Azamuddin hanya di letakkan sebagai pemain gantian, namun peluang beraksi sedari awal permainan memudahkan lagi untuk dia cari peluang cetus jaringan seperti yang di lakukan pada minit 56 bagi gol kedua Pahang.
Kali terakhir Azamudin sumbang jaringan ketika aksi dengan Perak dalam aksi Piala FA, jaringan pada Sabtu jadi bukti dia masih mampu bantu Pahang setelah namanya sedikit tenggelam pada akhir ini.