Pahang-Johor tunda perlawanan 1 Jun
Fadzrie Hazis
Mei 29, 2013 19:50 MYT
Mei 29, 2013 19:50 MYT
Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA, antara Pahang dan Johor Darul Takzim akan dilangsungkan semula pada 1 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perkara itu diputuskan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, selepas jawatankuasa itu bermesyuarat pada petang Rabu.
Sepak mula perlawanan ditetapkan pada jam 4.45 petang dan peminat yang sudah membeli tiket, turut boleh menebus semula tiket berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Persatuan Bola Sepak negeri Pahang PBNP, dikenakan hukuman denda RM100000.
Manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, PBNJ turut dikenakan denda sebanya RM 20,000.
Aksi yang patut berlangsung di Stadium Darulmakmur pada Selasa tertangguh, akibat jumlah penonton yang melebihi kapisiti.
Ia turut mengundang rusuhan membabitkan penyokong kedua-dua pasukan.