Padang kurang sempurna buat skuad kebangsaan

Astro Awani
Disember 12, 2012 02:04 MYT
BURUK: Keadaan padang latihan yang kurang memuaskan menyukarkan skuad Harimau Malaya berlatih menjelang perlawanan menentang Thailand esok
Thailand mula melakukan perang psikologi apabila menempatkan skuad kebangsaan berlatih di padang kurang sempurna menjelang aksi separuh akhir kedua di Bangkok malam esok.
Meskipun padang Expresway terletak berhampiran dengan hotel penginapan skuad Harimau Malaya, ia jelas tidak sesuai untuk sebuah pasukan kebangsaan berlatih.
Pengendali kebangsaan Datuk K.Rajagobal tidak menyembunyikan rasa kecewanya.
Tindakan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) seakan menyukarkan persiapan skuad kebangsaan menjelang aksi timbal balik di Stadium Supachalasai.
Apa pun Rajagobal tidak mahu menjadikan isu ini sebagai alasan. Malah pemain-pemain juga tampak masih komited menjalani latihan walaupun beraksi di padang yang jelas kurang sempurna.
#Datuk K.Rajagobal #Malaysia #Persatuan Bola Sepak Thailand #Thailand