PABM adakan sidang media khas dipercayai kes doping terbaru

Astro Arena
Mei 16, 2018 07:25 MYT
Kes doping terbaru dikesan sepasukan pegawai IWF yang menjalankan ujian doping sebelum Sukan Komanwel Gold Coast, bulan lalu. - Gambar hiasan
PERSATUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) akan mengadakan sidang media khas hari ini dipercayai berhubung kes doping terbaru membabitkan lebih daripada seorang atlet remaja kebangsaan.
Kes tersebut dijangka menggegar arena sukan negara, dengan ia membabitkan lebih daripada seorang atlet sehingga mewujudkan skandal doping terbesar dalam sejarah sukan Malaysia.
Kes itu dikesan oleh sepasukan pegawai Persekutuan Angkat Berat Dunia (IWF) yang menjalankan ujian doping sebelum Sukan Komanwel Gold Coast, bulan lalu.
Misi utama mereka mendapatkan sampel air kencing atlet senior, namun skuad negara ketika itu berlatih di Balik Papan, Indonesia.
Akhirnya, pegawai IWF mengambil keputusan menguji atlet remaja yang berlatih di Bukit Jalil.
#angkat berat #atlet #Bukit Jalil #doping #Indonesia #IWF #PABM #Persatuan Angkat Berat Malaysia #remaja #Sidang media #Skandal #Sukan Komanwel #ujian
;