Ozil doakan mangsa tsunami Selat Sunda, semoga keluarga sentiasa kuat
Astro Awani
Disember 24, 2018 21:47 MYT
Disember 24, 2018 21:47 MYT
Bintang bola sepak kelab Inggeris Arsenal, Mesut Ozil mendoakan keluarga dari korban tsunami Selat Sunda sentiasa kuat dalam menghadapi bencana yang menimpa.
Dalam catatan di laman Twitternya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, Ozil juga berharap mangsa yang mengalami kecederaan agar lekas pulih dan kembali sihat.
"Doa saya bersama mangsa tsunami di Indonesia, keluarga mereka dan semua yang terbabit," katanya.
Ozil, 30, antara penerima gaji paling mahal di Arsenal dengan menikmati 350,000 pound (RM1.85 juta) seminggu.
Jumlah korban Tsunami Selat Sunda yang terjadi pada Sabtu malam meningkat kepada 373 orang sementara lebih 4,000 lagi cedera sehingga Isnin malam.