Oxlade gesa The Gunners kawal emosi berdepan Chelsea

Astro Arena
September 23, 2016 10:03 MYT
Alex Oxlade-Chamberlain, mahu rakan sepasukannya untuk mengawal emosi apabila berdepan Chelsea, hujung minggu ini. - AFP
PEMAIN tengah Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain, mahu rakan sepasukannya untuk mengawal emosi apabila berdepan Chelsea, hujung minggu ini.
The Gunners melihat Gabriel dan Santi Cazorla dibuang padang apabila mereka tewas 2-0 di Stamford Bridge musim lalu, manakala Per Mertesacker turut menerima nasib sama ketika tewas 1-0 di laman sendiri.
Oxlade-Chamberlain akui pertembungan kedua pasukan itu akan menjadi fokus utama minggu ini namun menekankan kepentingan untuk tidak kehilangan pemain sekali lagi.
"Saya mahu kami menamatkan tempoh 90 minit dengan 11 pemain," Oxlade-Chamberlain memberitahu Arsenal Player.
"Saya tahu bunyinya agak kelakar tetapi selepas melihat kepada pertembungan yang lalu, perlawanan sebegini melibatkan emosi yang tinggi dan kadang kala peperangan psikologi.
"Perlawanan ini sangat penting jadi kami perlu kekal disiplin. Saya yakin kami mampu tewaskan sesiapa sahaja jika kami berikan aksi yang terbaik."
#Alex Oxlade-Chamberlain #Arsenal #berita bola sepak #Chelsea #The Gunners
;