Oscar Pistorius batal semua aktiviti sukan

Astro Awani
Februari 19, 2013 08:56 MYT
Ejen kepada Oscar Pistorious, Peet Van Zyl, enggan mengulas lanjut mengenai kes pembunuhan yang dihadapi atlet paralimpik itu.
Hanya ditumpukan adalah karier Pistorius menjadi tumpuan apabila Van Zyl telah tampil bersemuka dengan media pada Isnin.
Van Zyl mengesahkan semua aktiviti pistorius dalam sukan olahraga akan dihentikan sementara.
Ia bagi membolehkan atlet berusia 26 tahun itu memberi sepenuh tumpuan kepada perbicaraannya.
"Based on the tragic circumstances that have unfolded, we felt it best in everybody's interests to cancel his races and especially the immediate races that were scheduled for him and allow him to focus on the difficulties that are lying ahead.
(Berdasarkan situasi tragis yang telah berlaku, kami merasakan ia terbaik untuk kepentingan semua untuk membatalkan apa-apa aktivi larian yang dijadualkan sebelum ini untuk memberi beliau untuk memberi tupuan kepada kesukaran yang bakal dihadapi)."
Secara keseluruhan, Pistorius akan terlepas lima acara, dua daripadanya dijadualkan berlangsung di Australia.
Pistorius berdepan dakwaan membunuh seorang model dan teman wanitanya, Reeva Steenkamp 14 Februari lalu.
Keluarga Pistorius bagaimanapun menafikan dia melakukan perbuatan itu dengan sengaja.
Jelas Van Zyl lagi, penaja utama Pistorius seperti Nike dan Oakley masih kekal bersama atlet itu namun dilaporkan sedang menunggu keputusan mahkamah untuk tindakan susulan.
#Nike #oakley #Oscar Pistorius #peet van zyl
;