OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Astro Awani
Disember 12, 2024 09:20 MYT
Disember 12, 2024 09:20 MYT
KUALA LUMPUR: OpenAI mengalami gangguan yang meluas ketika ini sekali gus menjejaskan banyak perkhidmatan termasuk API, ChatGPT dan Sora dan menimbulkan kesulitan kepada ratusan penggunanya di seluruh dunia.
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Gangguan itu bukan hanya melibatkan pengguna percuma, malah turut melibatkan pelanggan perkhidmatan premium.
Kekecewaan itu diluahkan ramai pelanggan berbayar di platform media sosial.
Dalam pada itu, OpenAI telah mengenal pasti masalah tersebut dan sedang menanganinya.
Bagaimanapun, OpenAI tidak menyatakan sebarang anggaran masa untuk masalah itu diselesaikan dan perkhidmatan kembali seperti biasa.
Pengguna perkhidmatannya melaporkan pelbagai masalah, termasuk log masuk perlahan dan prestasi merosot merentas beberapa ciri.
Tanpa penyelesaian segera dilihat, ramai yang terbiar mencari alternatif atau hanya menunggu masa henti.