Ong Kim Swee mahu kedudukannya diputuskan segera

Astro Arena
September 24, 2015 08:00 MYT
ONG: Mereka harus mempercepatkan proses pemilihan kerana kemungkinan jika mereka mempunyai calon lain, mereka perlu memaklumkan kepada saya secepat mungkin.
JURULATIH sementara negara, Datuk Ong Kim Swee mahukan kepastian segera mengenai masa depannya, sama ada masih ada ruang untuk beliau terus bersama FAM atau sebaliknya.
Berdasarkan penubuhan tiga panel daripada FAM dan Majlis Sukan Negara (MSN), sudah jelas membuktikan FAM serius untuk mencari pengganti yang lebih berwibawa.
Bukan berjauh hati, namun Ong lebih selesa andai satu kata putus mampu diberikan FAM memandangkan kedudukan kini tidak begitu jelas untuk terus membawa skuad bawah-23 tahun negara.
"Mereka harus mempercepatkan proses pemilihan kerana kemungkinan jika mereka mempunyai calon lain, mereka perlu memaklumkan kepada saya secepat mungkin.
"Pada masa yang sama, saya perlu menentukan hala tuju saya," jelasnya.
Andai beliau mampu menghadirkan kejayaan pada baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/Asia 2019, itu bukan bukan jaminan beliau akan mengisi kerusi panas di FAM dan hal itu tidak termasuk dalam perbincangan dengan Timbalan Presiden FAM, Datuk Mokhtar Ahmad.
"Itu tiada dalam perbincangan saya dengan pihak pengurusan. Yang penting kita perlu mendapatkan keputusan yang baik. Dan terpulang selepas itu.
"Saya tiada hak untuk mempunyai memberitahu pihak pengurusan jika kita menang, mereka perlu mengambil saya. Itu bukan jalan yang baik," ujar beliau.
#FAM #jurulatih sementara negara #MSN #Ong Kim Swee
;