One 168: "Syukur Alhamdullillah, Malaysia Boleh!"- Jojo

Astro Arena
September 7, 2024 10:00 MYT
Jojo berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699).
JAGUH Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, tampil dengan aksi sensasi apabila berjaya menewaskan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver, hari ini.
Dalam perlawanan berlangsung di Ball Arena di Denver, Colorado, Amerika Syarikat itu Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo menewaskan pertarung dari Mexico itu secara knockout (KO) pada pusingan pertama.
Ia sekali gus menyaksikan Jojo berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699).
Lebih bermakna, kejayaan itu juga diraih di negara kelahiran ibunya, Jeanna Johnson.
Selepas tamat perlawanan, Jojo berkongsikan kegembiraan atas kemenangan yang diperoleh, dia berkata: "Pertama sekali, saya mengucapkan Alhamdullillah atas kemenangan ini.
"Saya telah meletakkan usaha keras untuk berada di tahap ini.
"Assalamualaikum buat rakyat Malaysia, Malaysia boleh, Alhamdullillah!"
Kemenangan itu juga berjaya menebus kekecewaan Jojo yang tewas kepada Tran Duy Nhat Nguyen di ONE 167 sebelum ini yang menjadi kekalahan pertama dalam karier profesionalnya. - Stadium Astro
#Jojo #Johan Ghazali #ONE 168 #Muay Thai
;