Olimpik Tokyo: Zii Jia robek hati peminat Perancis, tewaskan Leverdez

Faris Danial Razi
Julai 28, 2021 22:01 MYT
Lee Zii Jia melenyapkan impian bintang Perancis, Brice Leverdez untuk ke peringkat seterusnya selepas dikalahkan dalam perlawanan terakhir Kumpulan M di Plaza Sukan Musashino Forest sebentar tadi. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melenyapkan impian bintang Perancis, Brice Leverdez untuk ke peringkat seterusnya selepas dikalahkan dalam perlawanan terakhir Kumpulan M di Plaza Sukan Musashino Forest sebentar tadi.
Zii Jia menang bergaya dengan mata 21-17, 21-5, meskipun Leverdez dilihat mempamerkan aksi yang agak licik pada penghujung set pertama.
Kemenangan Zii Jia dalam aksi yang berlangsung selama 33 minit itu turut menjadi satu pencapaian besar selepas Leverdez pernah mengalahkan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei Chong Wei di dua kejohanan iaitu di Kejohanan Dunia 2017 dan Terbuka Denmark 2016.
Zii Jia, 23 tahun yang juga menjadi sandaran negara untuk meneruskan legasi perjuangan Chong Wei di Olimpik dilihat telah membuat persiapan rapi sebelum beraksi pada malam ini yang mana Zii Jia telah mengawal kedua-dua set permainan itu.
Pada Ahad lalu, Zii Jia menang mudah selepas menewaskan pemain Ukraine, Artem Pochtarov 21-5, 21-11 dalam perlawanan pembukaan berkenaan.
#badminton #Chong Wei #Denmark #Lee Chong Wei #Olimpik #Tokyo #Lee Zii Jia #Brice Leverdez
;