Olimpik Tokyo: Misi buru pingat emas diteruskan, berikut jadual pertandingan pada Khamis

Faris Danial Razi
Julai 28, 2021 23:54 MYT
Zii Jia, Juara Seluruh England 2021 akan bertemu dengan pemain China, Chen Long yang juga pemenang pingat emas Rio 2016 pada jam 6.15 petang. - Foto media sosial
KUALA LUMPUR: Susulan daripada kemenangan dalam perlawanan terakhir Kumpulan M, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melayakkan dirinya ke pusingan 16 terbaik yang berlangsung pada Khamis (29 Julai).
Zii Jia, Juara Seluruh England 2021 akan bertemu dengan pemain China, Chen Long yang juga pemenang pingat emas Rio 2016 pada jam 6.15 petang.
Selain perlawanan kalah mati di antara Zii Jia dan Chen Long, berikut adalah pertandingan yang akan dimainkan oleh atlet tanah air pada Khamis dalam acara temasya Olimpik 2020 :
10.35 pagi (BADMINTON) BEREGU LELAKI
Aaron CHIA / SOH Wooi Yik (MAS) vs. Marcus Fernaldi GIDEON / Kevin Sanjaya SUKAMULJO (INA)
Musashino Forest Plaza
07.30 pagi (GOLF) PERSEORANGAN LELAKI
GAVIN GREEN
Kasumigaseki Country Club
12.05 tengah hari (SUKAN PELAYARAN) WANITA
NURASIYAH JAMIL & JUNI NOOR JAMALI
Enoshima
12.05 tengah hari (SUKAN PELAYARAN) LELAKI
KHAIRULNIZAM MOHD AFENDY
Fujisawa
12.15 tengah hari (SUKAN PELAYARAN) WANITA
NUR SHAZRIN MOHAMAD LATIF
Fujisawa
#badminton #China #England #golf #Olimpik #sukan #Tokyo #Lee Zii Jia #Chen Long
;