Olimpik Tokyo: Lee Zii Jia mudah lepasi halangan pertama

Astro Arena
Julai 25, 2021 18:36 MYT
Hanya 25 minit diperlukan taruhan utama negara itu untuk merakamkan kemenangan 21-5, 21-11 dalam perlawanan pembukaan berkenaan. - Foto AP
PEMAIN perseorangan lelaki badminton negara, Lee Zii Jia, tidak berdepan masalah untuk memenangi perlawanan pertama Kumpulan M, Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila menewaskan wakil Ukraine, Artem Pochtarov, 2-0 sebentar tadi.
Hanya 25 minit diperlukan taruhan utama negara itu untuk merakamkan kemenangan 21-5, 21-11 dalam perlawanan pembukaan berkenaan.
Pochtaraov jelas bukan lawan setara buat Zii Jia, yang hanya memerlukan sembilan minit untuk memenangi set pertama, tetapi mula mempamerkan peningkatan dalam set kedua, terutama ketika memerangkap Zii Jia di depan jaring.
Namun, itu tidak menggugat Zii Jia untuk memungut mata pertama untuk kini mencongak perhitungan dengan jaguh Perancis, Brice Leverdez, dalam perlawanan kedua Rabu ini.
#Lee Zii Jia #pemain perseorangan #Olimpik Tokyo #Kumpulan M #Malaysia #Ukraine #Artem Pochtarov #badminton
;