Olimpik Tokyo: IOC tekad pastikan keselamatan, kelancaran temasya

Astro Awani
Jun 9, 2021 06:42 MYT
Usaha digandakan bagi memastikan temasya Sukan Olimpik Tokyo dapat diteruskan tanpa merisikokan kesihatan rakyat Jepun. -Reuters
JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) menggandakan usaha untuk memastikan temasya Sukan Olimpik Tokyo dapat diteruskan tanpa merisikokan kesihatan rakyat Jepun.
Dengan kebimbangan yang disuarakan pelbagai pihak, Pengarah Eksekutifnya Christophe Dubi menegaskan pasukannya komited untuk pastikan kelancaran temasya yang selamat buat atlet, penonton dan Jepun secara keseluruhannya.
"Apa yang kita lakukan ketika ini adalah menghubungi setiap atlet untuk membantu apa yang diperlukan.
"Ketika ini juga, kita sudah berada pada tahap 80 peratus dan kita gandakan usaha.
"Kami juga sudah membuka beberapa hab vaksinasi. Ini antara usaha berterusan kami," kata Dubi.
Sebelum ini, pelbagai pihak menyuarakan kebimbangan terutama apabila sistem kesihatan Jepun disifatkan semakin kritikal untuk merawat pesakit COVID-19.
Bercakap mengenai kebimbangan varian baharu, Dubi memaklumkan pasukannya akan terus memantau keadaan semasa.
Temasya Sukan Olimpik Tokyo dijadualkan bermula 23 Julai ini.
#Olimpik Tokyo #COVID-19 #varian baharu #Olimpik #Tokyo #Christophe Dubi #atlet #IOC
;