Olimpik Tokyo: Farah Ann pasrah pendaratan awal kurang menjadi

Astro Arena
Julai 25, 2021 04:18 MYT
Farah memulakan aksi dengan disiplin palang tidak sejajar mengutip 11.600 mata sebelum meraih 11.566 untuk batang titian. - Gambar Astro Arena
IMPIAN beraksi di pentas Sukan Olimpik sejak usia lapan tahun menjadi realiti buat Farah Ann Hadi pada saat dia memukau Malaysia di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo.
Sayangnya kebangkitan Farah Ann dalam acara Gimnastik Artistik itu selepas langkah kiri dalam aparatus pertama, palang tidak sejajar, tidak memadai untuk mendukungnya ke final all around apabila berada di kedudukan ke-68 daripada 98 atlet di peringkat kelayakan dengan mengumpul 48.565 mata keseluruhan.
BACA: Olimpik Tokyo: Farah Ann tamatkan saingan di kedudukan ke-68
Hanya 24 peserta terbaik akan bertanding dalam final Rabu ini.
"Jelas saya saya membuat sedikit kesilapan awal tetapi saya telah cuba buat yang termampu jadi saya gembira dapat menamatkan saingan dengan baik.
"Saya memang mahu cuba yang terbaik dalam pertandingan. Walaupun terjatuh saya ambil itu sebagai cabaran.
"Saya sangat bersyukur dapat sampai ke sini dan bertanding.
"Saya telah berikan segala-galanya dan berpuas hati dengan persembahan ini," katanya sambil menahan sebak ketika ditemu bual Nadi Arena.
Dia memulakan aksi dengan disiplin palang tidak sejajar mengutip 11.600 mata sebelum meraih 11.566 untuk batang titian.
Dalam senaman lantai pula, atlet berumur 27 tahun itu mengutip 12.333 sebelum meraih mata tertinggi dalam melombol yang merupakan aparatus terakhirnya dengan catatan 13.166 mata.
"Saya bermula dengan bagus ketika palang tidak sejajar tapi saya pendaratan saya tidak menjadi, saya teruskan juga untuk hadapi acara seterusnya.
"Saya berpesan kepada diri sendiri apa yang telah berlaku saya tidak boleh patah balik dan perlu tumpu kepada acara seterusnya.
"Ramai yang beri sokongan dan ia memberi saya semangat untuk beraksi dengan bagus dalam acara berikutnya."
#Olimpik Tokyo #Farah Ann #gimnas #air mata #tidak berputusa asa #gimnastik artistik #palang tidak sejajar #Pusat Gimnastik Ariake
;